BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 1, 2009

Tempahan Hari Raya

Alhamdulillah, sebanyak lebih kurang 500 biji kek telah ditempah sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Kawasan utama yang mendapat banyak tempahan adalah Manjung dan KL. Penghantaran dijangkakan akan dilaksanakan pada 10/9/09 (Lumut) , 11/9/09 (KL) dan 12/9/09 (Seremban). Terima kasih diucapkan kepada kawan2 yang banyak membantu dalam mempromosikan kek lapis ini. Sambutan yang menggalakan ini menyebabkan tempahan masih dibuka dan diterima sehingga hari ini. Dan hari ini juga telah diumumkan sebagai tarikh tutup akhir untuk tempahan hari raya. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Untuk pengetahuan semua terutama yang tidak berkesempatan membuat tempahan, kek dijual sepanjang tahun.